Mengenai KPJB

Sedia Berkhidmat

          Pengurusan Teratur Menjamin Kepuasan Anggota                     Kecekapan Pengurusan Membantu Anggota                     Pengeluaran Zakat Sepanjang Masa                     Pelbagai Kemudahan Dan Perkhidmatan

MENGENAI KOPERASI PELABUHAN JOHOR BERHAD

Koperasi Pelabuhan Johor Berhad (KPJB) mula ditubuhkan pada 1 Disember 1973 sebagai sebuah syarikat kerjasama yang diberi nama syarikat Pinjam Meminjam Dan Jimat Cermat Kakitangan Lembaga Pelauhan Johor. Pendaftaran keahliannya bermula pada 1 Januari 1974 dengan ahli seramai 45 orang.

Di dalam Mesyuarat Agong Pertama (sementara) yang diadakan pada 7 Febuari 1976 mesyuarat telah bersetuju supaya nama syarikat ditukar kepada Koperasi Kakitangan Lembaga Pelabuhan Johor Berhad (KKLPJB) dan pendaftarannya telah diluluskan pada 22 Januari 1977.
Pada Mesyuarat Agung yang diadakan pada 30 November 1996 KKLPJJB menukar namanya kepada Koperasi Pelabuhan Johor Berhad (KPJB). Pertukaran nama ini dilakukan adalah bersabit dengan fenomena perubahan pengswastaan yang berlaku di Lembaga Pelabuhan Johor bersama Johor Port Berhad. Pendaftaran pertukaran nama KPJB telah diluluskan pada 26 Febuari 1997.
Anggota-anggota Koperasi

Keahlian KPJB adalah terdiri daripada Kakitangan tetap Johor Port Berhad, JP Logistics Sdn Bhd dan Lembaga Pelabuhan Johor. Keahlian terkini adalah seramai 950 ahli.

Carta Organisasi Koperasi Pelabuhan Johor Berhad

Copyright Reserved @ www.koopjb.com

228total visits,1visits today