Mengenai KPJB

          Menuju Wawasan 2020                    Malaysia Negara Maju                    KPJB Koperasi Pilihan                    Amalkan Pemanduan Berhemah
                    
Koperasi Pelabuhan Johor Berhad memberikan perkhidmatan terbaik kepada ahli-ahli selaras dengan kemajuan dan pembangunan negara                    Terima kasih

Mengenai Koperasi Pelabuhan Johor Berhad


Koperasi Pelabuhan Johor Berhad (KPJB) mula ditubuhkan pada 1 Disember 1973 sebagai sebuah syarikat kerjasama yang diberi nama syarikat Pinjam Meminjam Dan Jimat Cermat Kakitangan Lembaga Pelauhan Johor. Pendaftaran keahliannya bermula pada 1 Januari 1974 dengan ahli seramai 45 orang.

Di dalam Mesyuarat Agong Pertama (sementara) yang diadakan pada 7 Febuari 1976 mesyuarat telah bersetuju supaya nama syarikat ditukar kepada Koperasi Kakitangan Lembaga Pelabuhan Johor Berhad (KKLPJB) dan pendaftarannya telah diluluskan pada 22 Januari 1977.

Pada Mesyuarat Agung yang diadakan pada 30 November 1996 KKLPJJB menukar namanya kepada Koperasi Pelabuhan Johor Berhad (KPJB). Pertukaran nama ini dilakukan adalah bersabit dengan fenomena perubahan pengswastaan yang berlaku di Lembaga Pelabuhan Johor bersama Johor Port Berhad. Pendaftaran pertukaran nama KPJB telah diluluskan pada 26 Febuari 1997.

Anggota-anggota Koperasi
Keahlian KPJB adalah terdiri daripada Kakitangan tetap Johor Port Berhad, JP Logistics Sdn Bhd dan Lembaga Pelabuhan Johor. Keahlian terkini adalah seramai 950 ahli.

Carta Organisasi Koperasi Pelabuhan Johor Berhad 2016                    Terima kasih

                                                                                                              

          Hubungi kami melalui komputer atau mobile     Isikan maklumat dibawah     Kami akan membalas kepada email anda     Terima kasih

Nama (perlu) 

Email (perlu) 

Subjek  

File PDF  

Kakitangan Pejabat
Puan Saadiah ( Pengurus )
Puan Nur Atiqah Azmal
En Ismail

Juruaudit Dalaman
En Aman bin Yusof
Tn Hj Yaakob Mohd Ali
En Zulhairudin Ahmad
 

Alamat dan No Telefon
No.14, Jalan 10/17,
Perkedaian Perjiranan 8,
81700 Pasir Gudang,
Johor.

 Tel: 07-251 0819
 Fax: 07-251 7714
 Email: admin@koopjb.com
Copyright Reserved @ www.koopjb.com