Stesen Minyak Caltex Pasir Gudang

Stesen terletak di Jalan Baja, Pasir Gudang ini mula beroperasi semenjak 15 November 1988. Selain dari penjualan minyak secara tunai kepada umum ia memberi kemudahan kredit kepada kenderaan-kenderaan rasmi JPB, JPL, syarikat-syarikat swasta dan juga kepada ahli Koperasi. Caltex Mart menawarkan pelbagai makanan, minuman serta barangan yang berkualiti dengan harga yang berpatutan. Minyak Caltex Techron bermutu tinggi dan sesuai untuk semua jenis kenderaan.

Kedai COOPMART Taman Scientex

Koperasi telah membuka Kedai COOPMART di No13A, Jalan Kelisa 1, Taman Scientex, 81700 Pasir Gudang, Johor Darul Takzim. Kami ada menjual pelbagai barangan runcit dan barangan basah untuk keperluan harian. Disamping itu, kami ada membuat Pakej Barangan Berserta Penghantaran seperi di bawah:

Sewaan Rumah Kedai Dan Pejabat

Koperasi memiliki 3 buah rumah kedai di persekitaran Pasir Gudang yang disewakan kepada penyewa. Maklumbalas daripada pihak penyewa adalah sangat menggembirakan pihak Koperasi. Selain sewa bulanan dengan harga yang berpatutan, layanan dari pihak pejabat Koperasi memuaskan hati penyewa. Kami berhasrat untuk memberi peluang peniaga-peniaga menjalankan perniagaan mereka dengan selesa. Peluang untuk menyewa ruang kedai atau pejabat dengan keselesaan yang dijamin.

Wakil Insurans Kenderaan Takaful

Koperasi adalah wakil insuran Takaful Malaysia yang sah. Pihak kami ada menyediakan pembaharuan insurans dan cukai jalan untuk semua jenis kenderaan termasuk kenderaan berat. Koperasi memberikan pulangan (rebate) 5% kepada semua pelanggan yang berurusan dengan kami untuk pembaharuan insurans. Pelanggan yang dihormati akan berpuas hati dengan layanan kami dan usaha pembaikan akan dipantau dari masa ke semasa. Pulangan 5% untuk setiap pembaharuan insurans dan cukai jalan.

Pembekal Pekerja Dan Barangan

Koperasi menyediakan perkhidmatan pembekal pekerja dan barang selaras dengan pembangunan negara. Perkhidmatan ini akan membantu Koperasi bergerak lebih jauh serta memberi peluang pekerjaan dan peluang perniagaan kepada pembekal. Barang-barang yang turut dibekalkan seperti baju pekerja (Johor Port, JPL dan lain-lain), pakaian seragam polis, kasut, t-shirt, safety helmet juga barang-barang keperluan lain. Pihak kami akan memberikan yang terbaik untuk pelanggan kami yang dihormati. Menyediakan pekerja yang berdedikasi dan barangan yang berkualiti.

Pembiayaan Untuk Ahli Koperasi

Koperasi ada memebri kemudahan pembiayaan kepada ahli-ahli Koperasi Pelabuhan Johor Berhad. Pihak kami yakin dengan ada nya kemudahan ini dapat membantu ahli-ahli dan pembangunan koperasi juga. Kemudahan pembiayaan yang selesa dan membantu ekonomi negara. Antara pembiayaan yang disediakan adalah seperti berikut:
1. Pembiayaan Berjamin
2. Pembiayaan Kecemasan
3. Pembiayaan Insurans dan Cukai Jalan